Lokasi Gunung berapi

Capahan sempadan kepingan Bumi

Di permatang tengah laut, dua keping tektonik mencapah sesama sendiri. Kerak lautan baru terbentuk dari batu cair yang perlahan-lahan menjadi sejuk dan mengeras. Di tempat ini, kerak Bumi agak nipis disebabkan tarikan kepingan tektonik. Pembebasan tekanan akibat kerak nipis mendorong kepada pengembangan Adiabatik, dan kerak menjadi separa cair. Pencariran ini menghasilkan gunung berapi dan menghasilkan kerak laut yang baru. Bahagian utama rabung tengah lautan terdapat didasar laut, dan kebanyakan aktiviti gunung berapi adalah dibawah laut. Perasap hitam (Black smoker) adalah contoh biasa aktiviti gunung berapi jenis ini. Di mana rabung tengah lautan muncul di atas permukaan laut, gunung berapi seperti Hekla di Iceland terbentuk. Capahan sempadan kepingan bumi menghasilkan dasar laut baru dan kepulauan gunung berapi.

Pertembungan sempadan kepingan Bumi

Zon subduksi, sebagaimana ia dikenali, adalah tempat di mana dua kepingan kerak Bumi, biasanya kepingan kerak lautan dan kepingan benua, bertembung. Dalam kes ini, kepingan lautan mendap, atau tenggelam di bawah kepingan benua membentuk jurang dalam lautan dipinggir pantai. Kerak ini kemudiannya dicairkan oleh haba dari kerak dan membentuk magma. Ini disebabkan kandungan air merendahkan tahap cair. Magma yang terhasil di sini cenderung menjadi amat likat disebabkan kandungan silikanya yang tinggi, dengan itu sering tidak sampai pada permukaan dan mengeras jauh di dalam Bumi. Apabila Sekiranya ia tiba pada permukaan, gunung berapi terhasil. Jenis biasa bagi gunung berapi jenis ini adalah gunung berapi di Lingkaran Api Pasifik, Gunung Etna.

Titik panas

Titik panas tidak terletak pada rabung kepingan tektonik, tetapi pada pluma mantel, di mana perolakan Bumi mantel menghasilkan turus bahan panas yang naik sehingga sampai pada kerak, yang cenderung lebih nipis berbanding kawasan lain di Bumi. Suhu pluma menyebabkan kerak cair dan membentuk paip, yang membebaskan magma. Disebabkan kepingan tektonik bergerak, manakala turus mantel kekal pada tempat yang sama, setiap gunung berapi menjadi tidur selepas beberapa lama dan gunung berapi baru terbentuk setelah kepingan Bumi bergerak di atas titik panas. Kepulauan Hawai dipercayai terbentuk dalam bentuk itu, dan juga Dataran Sungai Ular (Snake River Plain), dengan Kawah Yellowstone merupakan bahagian terkini kepingan Amerika Utara berada atas titik panas.